Sunday 15 July 2012

Awan Yang Resah


Awan kelabu membawa seribu gundah
Kutahu apa yang terkandung dihatimu
Seperti jiwaku..penuh duka nestapa
Namun tidak berdaya untuk ku ucapkan..

Ada ketikanya tidak kuat membendung rasa
Mudah tersentuh dek sapaan bayu
Terkadang gusar pada ejekan sang halilintar
Dan bentakkan guruh membuat kau goyah

Awan kelabu...
Jangan kau tahan sebak yang menyiksa
Luahkan segala yang membuat jiwa luka
Moga rasa tenang kalbumu...

Basahilah bumi dengan air matamu
Dukamu akan terbang barsama bayu
Dan aku juga sepertimu
Akan tenang andai segalanya dapatku luahkan

Lalu...mentari akan bersinar indah
Maya kembali melambai cerah cahaya
Kerana awan kelabu berarak lalu
Hilang bersama resah yang amat memilukan
seperti jua hatiku...

Saturday 12 May 2012

TERLEKA MENCARI CINTA


Dalam kelewatan ini
Aku menjelajah kesepian
Meneroka seribu makna yang membawa aku
Ke satu daerah yang amat sunyi
                Meronta jiwa palsu
Menafikan rindu ini milik dia
Menyingkirkan cinta buat dia
Mengagungkan kasih pada hambanya
Melerai kelekaan cinta buat dia yang amat kusayangi
Sehingga kulupakan semua anugerah itu milik  Nya Yang Esa….
                                             
Mentari senja mengejutkan aku dari lamunan
Khabar usiaku bukan mainan lagi
Ku toleh ke belakang
Ya Allah….Rupanya aku masih lagi tiada bekalan buat masa hadapan…

Adakah sinar buat aku lagi???
Adakah mentari pagi bakal bersua lagi???
Sesungguhnya rindu yang aku labuhkan  
Bukan pada tempatnya

                Cinta yang aku persembahkan
Bukan pada miliknya…
Hanya sendu aku milik Dia…
Saat kesedihan kuratap pada Nya….

Ampunkan kejahilan diri ku ini
Anugerahkan aku mentari lagi
Agar esok aku mampu berdiri
Menyulam cinta sejati
Menyemai kasih yang abadi…
                 
Jika esok tiada lagi buat ku di senja ini
Adakah aku masih lagi dalam payungan rahmat Mu Ilahi…??
Mungkin  juga belas dari NYa…
Siapa tahu Dia pemilik jiwa
Yang pasti malam ini milik ku lagi
Kesempatan ini akan aku memperhambakan diri
Melabuh cinta agar Dia menghapuskan segala dosa   yang ada….